Rita Datuk Sosilawati Meluaskan Empayar Perniagaannya.

KUALA LUMPUR – Pemilik produk kecantikan Nouvelles Visages, Rita Datuk Sosilawati meluaskan empayar perniagaannya dengan memperkenalkan koleksi beg tangan Victoria Sloane, hari ini. Menurut Rita atau nama sebenarnya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, dia memilih beg tangan kerana ia merupakan kegilaannya sejak dari dulu lagi. “Saya memang ‘gila’ dengan beg tangan, sebab tu saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan beg tangan, kalau saya pergi mana-mana (melancong), mesti beg tangan saya cari (shopping) dulu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Victoria Sloane yang diadakan di butik Fashion Valet, Bangsar Village 2, di sini hari ini. Beg tangan di bawah jenamanya itu hanya boleh didapati melalui Fashion Valet menerusi butiknya dan di atas talian, www.fashionvalet.com. “Beg tangan Victoria Sloane hanya boleh didapati menerusi Fashion Valet dan akan dipasarkan bermula Khamis ini. “Rangkaian Victoria Sloane ini datang dengan dua variasi iaitu satu yang bercorak kosong dan satu lagi bercorak kulit buaya.” “Setiap satu jenis itu ada sepuluh warna yang merupakan hasil idea saya dan team dan ianya cukup sesuai digayakan untuk sebarang majlis formal dan tidak formal,” katanya yang mengambil masa selama hampir setahun untuk merealisasikan jenama beg tangan miliknya. Menurut Rita, harga yang ditawarkan Victoria Sloane adalah mampu milik dan sesuai untuk semua golongan peringkat umur. Untuk yang bercorak kulit buaya, ia dijual pada tag harga RM299, sementara yang bercorak kosong pula ialah RM229. Majlis pelancaran itu turut diserikan dengan kehadiran pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof dan selebriti terkenal seperti Fasha Sandha, Anne Ngasri, Farah Anuar dan kumpulan De Fam yang dianggotai Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis. Source: https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/rita-datuk-sosilawati-lancar-beg-victoria-sloane/

Leave your thought here